Skuad kebangsaan Brazil Ronaldo

Piala Dunia 1994

Pada tahun 1994, Ronaldo yang berusia 18 tahun telah dipanggil masuk ke skuad kebangsaan Brazil untuk menghadapi Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat. Debut perlawanan pertamanya dalam skuad kebangsaan Brazil ialah menentang Argentina di Recife. Bagaimanapun Ronaldo tidak sekali pun diturunkan dalam sebarang perlawanan piala dunia yang mana dimenangi oleh Brazil menerusi gandingan Penyerang Romário dan Bebeto. Perlawanan rasminya bersama Seleção adalah pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Ketika itu dia bermain dengan menggunakan nama Ronaldinho kerana ada juga rakan dalam skuadnya yang juga bernama Ronaldo Guiaro. Brazil mendapat tempat ketiga di acara bola sepak di Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Piala Dunia 1998

Karier Ronaldo yang terus berjaya bersama Barcelona dan Inter Milan membuat dirinya untuk meraih gelaran Piala Dunia yang pertamanya sebagai pemain utama. Tambahan pula, selepas dia mendapat anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dalam dua tahun berturut-turut membuatnya berasa bahawa Seleção akan meraih gelaran juara di Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis. Sepanjang perlawanan piala dunia, Ronaldo menunjukkan corak permainan yang impresif dengan meledak 4 gol dan 3 bantuan. Bergandingan dengan Bebeto di barisan hadapan, Ronaldo berjaya membawa Brazil ke final Piala Dunia menentang Perancis selaku tuan rumah yang berlangsung di stadium Saint Denis. Namun 72 minit sebelum kick-off nama Ronaldo ditarik dari pendaftar startline menentang Perancis yang mana dikatakan Ronaldo diserang penyakit sawan. Walau bagaimanpun, Ronaldo tetap tampil di final itu dan tidak boleh berbuat apa dalam pertandingan sehingga Perancis memenangi trofi Piala Dunia untuk kali yang pertama dengan keputusan perlawanan 3-0.

Piala Dunia 2002

Selepas sembuh dari kecerderaan selama dua tahun. Skuad Seleção kembali semula memanggil Ronaldo kerana prestasinya yang semakin baik bersama Inter Milan. Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meletakkan Ronaldo sebagai trio Penyerang Seleção bersama dengan Rivaldo dan Ronaldinho. Penampilan terbaik trio yang mendapat jolokan 3R itu berjaya membawa Brazil sekali lagi di pentas final Piala Dunia 2002. Kali ini menentang Jerman yang mempunyai seorang Penjaga gol yang hebat iaitu Oliver Kahn. Seleção kali ini meraih kejayaan bermakna dengan mengalahkan Jerman 2-0 hasil kedua-dua gol dijaringkan oleh Ronaldo. Ronaldo juga mendapat anugerah sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2002 dengan 8 gol dan berjaya menyamai rekod lagenda Brazil, Pele yang telah menjaringkan 12 gol sepanjang penampilan di Piala Dunia.

Piala Dunia 2006

Penampilan Ronaldo di Piala Dunia 2006 dipenuhi kontroversi mengenai berat badannya yang nampak melebihi berat ideal. Dia dikritik kerana tubuh badannya yang dikatakan kurang fit dan penampilannya yang buruk. Walau bagaimanapun, pada perlawanan ketiga separuh masa pertama menentang Jepun, Dia menjaringkan 2 gol yang membawanya sejajar dengan Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia sepanjang sejarah dengan 14 gol. Satu gol yang dijaringkannya ketika menentang Ghana pada 27 Jun telah menjadikannya penjaring gol terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia dengan rekod 15 gol. Skuad eleção pun gagal mempertahankan gelaran juara Piala Dunia setelah kalah dengan Perancis 1-0 pada aksi separuh akhir. Itu adalah penampilan terakhir Ronaldo bersama Skuad Kebangsaan Brazil dan dia telah menjaringkan 62 gol dan penampilan sebanyak 92 kali dalam skuad kebangsaan Brazil.

14 Februari 2011: Persaraan

Selepas tamat aksi persahabatan di antara Skuad Brazil dengan Romania di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil. Ronaldo telah mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak.